
Jadual Perjalanan
Berkumpul di KLIA, 4 jam sebelum waktu perlepasan. Berlepas ke Munich dengan menaiki pesawat Emirates melalui Dubai. Setibanya di Munich, anda akan disambut oleh pemandu pelancong selepas mendarat. Kemudian, lawatan panoramik Munich: New Town Hall, (Nues Rathaus), Olympics Tower, Old Town Hall (Altes Rathaus), Allianz Arena dan Bavarian Statue. Makan Malam di sediakan. Daftar masuk hotel. Bermalam di Hotel, Munich.
Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Bertolak ke St Gallen. Dalam perjalanan ke St Gallen, berhenti di Vaduz Castle dan aktiviti bebas di sekitarnya. Kemudian, bergerak ke St Gallen dan singgah di Muslim Turk Community. Makan Malam di sediakan.Daftar masuk Hotel. Bermalam di hotel, St Gallen.
Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Melawat 10 Top Village of Swiss The Stein Am Rhein and Rhine Falls. Aktiviti bebas di Unessco World Heritage site. Kemudian, bertolak ke Zurich. Melawat ke tarikan utama Zurich: The Old Town, St Peter Chruch, Bahnhofstrasse, The Limmatquai dan The Guild House. Teruskan perjalanan ke Interlaken. Makan Malam di sediakan. Daftar masuk hotel dan bermalam di hotel, Interlaken.
Sarapan pagi dan daftar keluar. Melawat ke Village of Lauterbrunnen yang di kenali sebagai “Valley of 72 Waterfalls”. Kemudian, bergerak melawat Iselwalt untuk photo stop (optional: Sigriswil Bridge – Korean Movie Drama CLOY). Kemudian, bertolak ke Lugano. Daftar masuk Hotel.Makan Malam di sediakan. Bermalam di hotel, Lugano.
Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Nikmati pemandangan tasik di Lugano Lake dan teruskan dengan lawatan bandar Lugano: Santa Maria Delle Grazie, Sforza Castle, Luxury Stores of Glamorous Galleria Vittorio Emanuele. Kemudian, bergerak ke Garda. Makan Malam di sediakan. Daftar masuk hotel dan bermalam di hotel, Garda.
Sarapan pagi dan daftar keluar. Bertolak untuk lawatan sehari di venice . Nikmati pemandangan tasik Lake Garda. Bertolak ke Tronchetto dan menaiki boat untuk ke Pulau Venice. Photo stop di The Bridge of Sight, Doge’s Palace, St Mark’s Square, Rialto Bridge dan Grand Canal. Makan Malam di sediakan. Daftar masuk Hotel. Bermalam di hotel, Milan.
Sarapan pagi, daftar keluar hotel dan membeli belah di Fidenza Village Outlet. Teruskan perjalanan ke Milan. di Milano, DMAG Outlet. Makan Malam di sediakan. Daftar masuk hotel dan bermalam di Milano.
Sarapan pagi di hotel. Daftar keluar hotel. Bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Milan untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur melalui Dubai.
Selamat tiba di lapangan terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 1020 pagi.
Harga
Dewasa (Seorang) | Dewasa (Berdua) | Kanak-kanak (Berkatil) | Kanak-kanak (Tanpa katil) | |
---|---|---|---|---|
Harga | RM10,790 | RM9,290 | RM9,290 | RM8,690 |
Butiran Penerbangan
Nombor Penerbangan | Tarikh | Berlepas – Ketibaan | Masa |
---|---|---|---|
EK 343 | 15 FEB | KUL-DXB | 0145-0505 |
EK 049 | 15 FEB | DXB-MUC | 0840-1230 |
EK 206 | 22 FEB | MXP-DXB | 1340-2245 |
EK 346 | 23 FEB | DXB-KUL | 0330-1435 |
Pakej Termasuk
- Tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi Emirates Airline
- Penginapan 7 Malam di hotel
- Lawatan mengikut jadual lawatan
- Pengangkutan sepanjang lawatan
- Makan seperti jadual lawatan (Makan Malam)
- Pemandu pelancong Berbahasa Inggeris
- Tip untuk pemandu / pemandu pelancong
Pakej Tidak Termasuk
- Sigriswill Bridge: CHF6 (tertakluk kepada perubahan semasa)
- Tiket masuk tempat lawatan kecuali diberitahu dalam pakej termasuk
- Insurans Perjalanan WAJIB (RM200 seorang)
- Tambahan bayaran insuran perjalanan untuk peserta berumur 70 tahun ke atas
- Lebihan elaun bagasi
- Porter di Lapangan Terbang atau Hotel
- Cukai Hotel, Bandar dan Pelancong
- Perbelanjaan peribadi, Tel, Faks, Bar Mini, Dobi dan lain-lain
- Tempat Pelancongan lain / Yuran masuk / pengangkutan / Makanan dan minuman tidak dinyatakan dalam jadual perjalanan
Terma & Syarat
- Tempoh perjalanan sah dari 15 – 23 FEBRUARI 2024
- Pakej sah untuk pemegang pasport Malaysia sahaja
- Tiada bayaran balik akan dibuat untuk sebarang penginapan, makan, pemindahan atau sebarang perkhidmatan lain yang tidak digunakan
- Surcaj boleh dikenakan semasa Musim Puncak/Acara Khas/ Cuti Umum atau tarikh tutup Hotel
- Tempahan adalah tertakluk pada ketersediaan bilik/ pelancongan/pengangkutan
- BILIK BERTIGA: Katil atau katil tambahan yang akan diberikan pada orang ketiga dalam satu bilik adalah tertakluk pada polisi hotel.
- POLISI KANAK-KANAK: Kanak-kanak dengan katil: Kanak-kanak berkongsi dengan ibu bapa menggunakan katil tambahan (6-11 tahun)
- POLISI KANAK-KANAK: Kanak-kanak tanpa katil: Kanak-kanak berkongsi dengan ibu bapa tanpa katil tambahan (2-5 tahun)
- Pihak kami berhak untuk menukar kadar tanpa notis terlebih dahulu tertakluk kepada kadar pertukaran semasa
- Pihak kami berhak untuk meminda jadual perjalanan pelancongan, pengaturan perjalanan atau penginapan disebabkan oleh perubahan yang tidak dijangka dalam jadual penerbangan atau pengangkutan lain, keadaan di negara perjalanan atau transit, mengikut jadual perjalanan pelancongan atau apabila berlakunya kejadian force majeure dan sebagainya pindaan boleh dibuat sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh syarikat dengan atau tanpa notis awal.