

Jadual Perjalanan
Berkumpul di KLIA Terminal 1, 4 jam sebelum waktu perlepasan. Berlepas ke Zurich dengan menaiki pesawat Emirates melalui Dubai. Setibanya di Zurich, anda akan dibawa melawat bandar Zurich: The Old Town, St Peters Chruch, Bahnhofstrasse, The Limmatquai dan Guild Houses. Bergerak ke Interlaken. Makan malam disediakan. Daftar masuk hotel, Interlaken.
Sarapan pagi. Kemudian, bergerak ke Engelberg dan Photo stop di Mt Titlis. Makan malam di sediakan. Bermalam di hotel, Interlaken.
Lawatan pilihan: Mt Titilis (Cliff Walk, Glacier Cave, BagJump)
Sarapan pagi dan daftar keluar. Lawatan ke Lauterbrunnen dan photo stop di Iseltwald – Crush Landing on You. Aktiviti bebas di Interlaken West dan teruskan ke Geneva. Makan malam di sediakan. Daftar masuk hotel, Geneva
Sarapan pagi. Bertolak ke Mountreux dan photo stop di Chilion
Castle. Teruskan ke Chamonix dan aktiviti bebas di Mount Blanc. Pulang semula ke Geneva. Makan malam disediakan.
Bermalam di hotel, Geneva.
Lawatan Pilihan: Golden Pass Belle Epoque
(Montreux – Zweisimmen) – CHF40
(harga adalah tertakluk kepada perubahan)
Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Teruskan perjalanan ke Tasch. Rasai pengalaman menaiki shuttle train ke Perkampungan tanpa kenderaan enjin, Zermatt. Nikmati pemandangan Gunung Matterhorn dari kaki gunung perkampungan Zermatt. Kemudian, pulang semula ke Tasch dan teruskan perjalanan ke Milan. Makan malam disediakan. Daftar masuk hotel dan bermalam di hotel, Milan.
Sarapan pagi. Mulakan aktiviti dengan lawatan bandar Milan. Lawati Duomo Cathedral, La Scala Opera House dan Castello Sforzesco. Kemudian teruskan dengan aktiviti membeli belah dan lawatan ke Galleria Vittorio Emmanuel 11. Photo stop di San Siro Stadium. Makan malam disediakan. Bermalam di hotel, Milan.
Sarapan pagi dan daftar keluar. Bertolak ke Tronchetto dan menaiki waterbus untuk ke San Marco, Pulau Venice. Kemudian, lawatan berjalan kaki dan Photo stop di San Marco Square, St Mark’s Basilica, Doge’s Palace dan Bridge of Sighs. Makan malam disediakan. Daftar masuk hotel. Bermalam di Mestre / Garda.
Sarapan pagi. Daftar keluar hotel. Bergerak ke Fidenza Village Outlet untuk membeli belah. Kemudian, bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Milan untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur melalui Dubai.
Selamat tiba di lapangan terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 2150 malam.
Harga
Dewasa (Seorang) | Dewasa (Berdua / Bertiga) | Kanak-kanak (Berkatil) | Kanak-kanak (Tanpa katil) | |
---|---|---|---|---|
Harga | RM11,490 | RM9,690 | RM9,490 | RM8,990 |
Nombor Penerbangan | Tarikh | Berlepas – Ketibaan | Masa |
---|---|---|---|
16-23 APRIL 2023 & 02-10 MAY 2023 | |||
EK 343 | 16 APR / 02 MAY | KUL- DXB | 0225-0530 |
EK 087 | 16 APR / 02 MAY | DXB-ZHR | 0840-1320 |
EK 092 | 23 APR / 09 MAY | MXP-DXB | 2220-0625 |
EK 342 | 24 APR / 10 MAY | DXB-KUL | 1025-2150 |
Butiran Penerbangan
Pakej Termasuk
- Tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi Emirates Airline
- Penginapan 7 Malam di hotel
- Lawatan mengikut jadual lawatan
- Pengangkutan sepanjang lawatan
- Makanan seperti jadual lawatan
- Pemandu pelancong Berbahasa Inggeris / Malaysia
- Tour Leader dari Malaysia
- Tip untuk pemandu / pemandu pelancong
- Insuran perjalanan
Pakej Tidak Termasuk
- Tambahan bayaran insuran perjalanan untuk peserta berumur 70 tahun ke atas (RM350 seorang)
- Lebihan elaun bagasi
- Porter di Lapangan Terbang atau Hotel
- Cukai Hotel, Bandar dan Pelancong
- Perbelanjaan peribadi, Tel, Faks, Bar Mini, Dobi dan lain-lain
- Tempat Pelancongan lain / Yuran masuk / pengangkutan / Makanan dan minuman tidak dinyatakan dalam jadual perjalanan
Terma & Syarat
- Tempoh perjalanan sah dari 16-24 APRIL 2024 / 02-10 MAY 2024
- Pakej sah untuk pemegang pasport Malaysia sahaja
Tiada bayaran balikTiada bayaran balik akan dibuat untuk sebarang penginapan, makan, pemindahan atau sebarang perkhidmatan lain yang tidak digunakan
Surcaj boleh dikenakan semasa Musim Puncak / Acara Khas / Cuti Umum atau tarikh tutup Hotel
- Tempahan adalah tertakluk pada ketersediaan bilik / pelancongan / pengangkutan
- BILIK BERTIGA : Katil atau katil tambahan yang akan di berikan pada orang ketiga dalam satu bilik adalah tertakluk pada polisi hotel
- POLISI KANAK-KANAK: Kanak-kanak dengan katil: Kanak-kanak berkongsi dengan ibu bapa menggunakan katil tambahan (6-11 tahun)
POLISI KANAK-KANAK: Kanak-kanak tanpa katil: Kanak-kanak berkongsi dengan ibu bapa tanpa katil tambahan (2-5 tahun)
- Pihak kami berhak untuk menukar kadar tanpa notis terlebih dahulu tertakluk kepada kadar pertukaran semasa
Pihak kami berhak untuk meminda jadual perjalanan pelancongan, pengaturan perjalanan atau penginapan disebabkan oleh perubahan yang tidak dijangka dalam jadual penerbangan atau pengangkutan lain, keadaan di negara perjalanan atau transit, mengikut jadual perjalanan pelancongan atau apabila berlakunya kejadian force majeure dan sebagainya pindaan boleh dibuat sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh syarikat dengan atau tanpa notis awal