Pakej Kami

8 HARI 6 MALAM DELHI+KASHMIR+ TAJ MAHAL

Jadual Perjalanan

Setibanya di New Delhi, anda akan disambut oleh pemandu pelancong dan dibawa ke hotel penginapan untuk berehat. Makan malam disediakan. Bermalam di Hotel New Delhi.

Sarapan pagi dan bergerak ke New Delhi Airport untuk penerbangan domestik ke Srinagar. Setibanya di Srinagar, program di mulakan dengan lawatan ke Nishat Garden dan Pari Mahal. Berhenti sebentar Hazrabal Mosque dan membeli belah di Carpet Factory. Menaiki Shikara ride untuk bersiar-siar di Tasik Dal. Makan Tengah hari dan Makan Malam di sediakan. Bermalam di Houseboat, Srinagar.

Selepas sarapan, daftar keluar hotel. Bergerak menuju ke Pahalgam melawat Apple Valley, Apple Orchads . Setibanya di Palhagam, melawat Beetab Valley, Aru Vally dan Chandanwari. Kemudian, pulang ke Srinagar. Daftar masuk hotel. Makan tengah hari dan makan malam di sediakan. Bermalam di hotel, Srinagar.

Sarapan pagi di hotel dan bergerak menuju ke Gulmarg. Sesampai nya di Gulmarg, menaiki Gondola Ride ke fasa 1 untuk menikmati pemandangan sekeliling. Kemudian pulang ke Srinagar dan singgah sebentar di Handicraft shop untuk membeli belah (saree,shawl dan lain-lain). Makan Tengah hari dan Makan Malam di sediakan, Bermalam di hotel, Srinagar.

Sarapan pagi, daftar keluar hotel dan meninggalkan Srinagar untuk penerbangan domestik ke New Delhi. Setibanya di New delhi, melawat India Gate dan Presidents Palace. Kemudian, bergerak ke Agra. Daftar masuk Hotel. Makan Tengah hari dan makan malam disediakan. Bermalam di Hotel, Agra.

Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Memulakan lawatan ke Taj Mahal (7 wonder of the world) dan melawat ke Agra Fort. Kemudian bertolak ke New Delhi . Daftar masuk hotel. Makan tengah hari dan makan malam disediakan. Bermalam di Hotel, New Delhi.

Sarapan pagi dan daftar keluar. Memulakan lawatan ke Qutub Minar dan Jamia Masjid dan membeli belah di kedai-kedai barangan tempatan sebelum bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa New Delhi untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. Makan tengah hari dan makan malam disediakan.

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa, MH 191 pada 0655pagi.

Harga

Dewasa (Seorang)
Dewasa (Berdua)
Kanak-kanak (Berkatil)
Kanak-kanak (Tanpa katil)
Price
RM7,290
RM5,990
RM5,790
RM5,590

Butiran Penerbangan

Nombor Penerbangan
Berlepas – Ketibaan
Masa
18-25 DIS 2023
MH172
KUL-DEL
0855-1200
MH191
DEL-KUL
2310-0655#

Pakej Termasuk

Pakej Tidak Termasuk

Terma & Syarat

  1. Tempoh perjalanan sah seperti  18 -25 DISEMBER 2023
  2. Pakej sah untuk pemegang pasport Malaysia sahaja
  3. Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun mesti ditemani oleh ibu bapa/penjaga yang telah diberi vaksin sepenuhnya.
  4. Tiada bayaran balik akan dibuat untuk sebarang penginapan, makan, pemindahan atau sebarang perkhidmatan lain yang tidak digunakan
  5. Surcaj boleh dikenakan semasa Musim Puncak/Acara Khas/ Cuti Umum atau tarikh tutup Hotel
  6. Tempahan adalah tertakluk pada ketersediaan bilik/ pelancongan/ pengangkutan
  7. POLISI KANAK-KANAK: Kanak-kanak dengan katil: Kanak-kanak berkongsi dengan ibu bapa menggunakan katil tambahan (6-11 tahun)
  8. POLISI KANAK-KANAK: Kanak-kanak tanpa katil: Kanak-kanak berkongsi dengan ibu bapa tanpa katil tambahan (2-5 tahun)
  9. Pihak kami berhak untuk menukar kadar tanpa notis terlebih dahulu tertakluk kepada kadar pertukaran semasa
  10. Pihak kami berhak untuk meminda jadual perjalanan pelancongan, pengaturan perjalanan atau penginapan disebabkan oleh perubahan yang tidak dijangka dalam jadual penerbangan atau pengangkutan lain, keadaan di negara perjalanan atau transit, mengikut jadual perjalanan pelancongan atau apabila berlakunya kejadian force majeure dan sebagainya pindaan boleh dibuat sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh syarikat dengan atau tanpa notis awal

RM5,990 seorang

Tidak Dapat Pakej Yang Berminat?

Pakej-pakej Lain

RM11,580 Seorang

RM7,890 seorang

RM2,290 seorang

RM5,990 seorang

RM8,890 seorang

DARI RM1390 seorang

Berminat Untuk Menempah?