
Jadual Perjalanan
Berkumpul di KLIA, 4 jam sebelum waktu penerbangan. Teruskan perjalanan ke Dubai dengan menaiki penerbangan Oman Air melalui Muscat.
Setibanya di Dubai, anda akan diberikan masa untuk membersihkan diri dan solat subuh di lapangan terbang Dubai. Anda akan dijemput oleh wakil kami pada pukul 6 pagi dan dibawa untuk sarapan pagi di restoran tempatan. Selepas sarapan, teruskan lawatan ke Burj Al Arab (Photo Stop Sahaja), Jumeirah Beach, Dubai Marina dan Atlantis The Palm (Photo Stop Sahaja), Museum of the Future (Photo Stop Sahaja), Zabeel Palace (Photo Stop Sahaja), Dubai Frame (Photo Stop Sahaja) dan Financial District (Photo Stop Sahaja). Makan tengah hari di restoran tempatan. Lawatan ke Burj Khalifa (Photo Stop Sahaja) – dikenali sebagai Burj Dubai sebelum perasmiannya pada tahun 2010, adalah sebuah bangunan pencakar langit di Dubai, Emiriah Arab Bersatu. Ia terkenal sebagai bangunan tertinggi di dunia. Seterusnya anda akan ke Dubai Mall – terletak di tengah-tengah semuanya di Downtown Dubai, ialah destinasi runcit dan gaya hidup yang paling banyak dikunjungi di dunia – mengalu-alukan lebih 100 juta pengunjung setiap tahun. Sebuah pusat membeli-belah yang tiada tandingannya, The Dubai Mall mempunyai lebih daripada 1,200 kedai, termasuk dua pusat beli-belah utama, Galeries Lafayette dan Bloomingdale’s, bersama-sama dengan lebih 200 pengalaman menjamu selera antarabangsa dan pelbagai tarikan hiburan dan riadah untuk dinikmati seisi keluarga. Daftar masuk hotel. Makan malam di hotel. Bermalam di Dubai.
Lawatan Pilihan: At The Top Burj Khalifa RM250 seorang
(Harga tertakluk pada perubahan semasa)
Sarapan pagi di hotel. Teruskan perjalanan ke Abu Dhabi. Lawatan ke Grand Mosque – terletak di Abu Dhabi, ibu kota Emiriah Arab Bersatu. Masjid terbesar di negara ini, ia adalah tempat ibadat utama untuk solat harian, Emirates Palace (Photo Stop Sahaja), pass by Presidential Palace, Date Market – menawarkan pelbagai pilihan buah-buahan kering, kacang & gula-gula, Abu Dhabi Corniche (Photo Stop Sahaja), Ferrari World (Photo Stop Sahaja) dan Yas Mall – sebuah pusat membeli-belah di Pulau Yas di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu. Ia berfungsi sebagai tempat membeli – belah, menjamu selera dan hiburan untuk penduduk Abu Dhabi dan Pulau Yas. Ia meliputi kawasan seluas kira-kira 235,000 meter persegi. Makan tengah hari dan malam di restoran tempatan. Bertolak semula ke Dubai. Bermalam di Dubai.
Sarapan pagi di hotel. Selepas sarapan, aktiviti bebas. Makan tengah hari di restoran tempatan. Teruskan dengan aktiviti di Desert Safari Caravanserai – antara aktiviti yang akan di buat adalah 4WD Dune Bashing, Camel Ride, Tanoura Dance, Belly Dance, Henna Painting, dan makan malam BBQ. Bermalam di Dubai. (Tiada servis Pemandu Pelancong pada hari ini)
Lawatan Pilihan: Miracle Garden RM250 seorang (Min 6 pax) termasuk pengangkutan (Harga tertakluk pada perubahan semasa)
Sarapan pagi di hotel. Selepas sarapan, anda akan dibawa untuk melawat sekitar Bandar Dubai. Lawatan ke Old Dubai, merasai pengalaman menaiki Abra Water Taxi – Abra berasal daripada kata kerja Arab ‘abara’ yang bermaksud ‘menyilang’. Naiki Dubai Abra, mod pengangkutan paling tradisional di bandar ini, Gold Souk – terdiri daripada lebih 380 peruncit, yang kebanyakannya adalah peniaga barang kemas, Spice Souk – lokasi strategik untuk membeli-belah jubah, rempah ratus dan lain-lain lagi dan Mall of Emirates. Makan tengah hari di restoran tempatan dan makan malam di Dhow Cruise Creek – Dhow Dinner Cruise akan membawa anda ke Dubai Creek, terletak di tempat paling popular di bandar dan dianggap sebagai salah satu daripada sepuluh perkara terbaik untuk dilakukan di Dubai. Bermalam di Dubai.
Sarapan pagi di hotel. Aktiviti bebas sehingga masa untuk daftar keluar hotel. Makan tengah hari di restoran tempatan. Teruskan lawatan ke Bluewater Island (Photo Stop Sahaja), dan Ain Dubai (Photo Stop Sahaja), Makan malam di restoran tempatan sebelum di hantar ke lapangan terbang untuk perjalanan pulang ke Kuala Lumpur melalui Muscat.
Selamat tiba di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur.
Harga
Dewasa (Seorang) | Dewasa (Berdua / Bertiga) | Kanak-kanak (Berkatil) | Kanak-kanak (Tanpa katil) | |
---|---|---|---|---|
Price | RM7,790 | RM6,690 | RM6,690 | RM6,490 |
Butiran Penerbangan
Nombor Penerbangan | Tarikh | Berlepas – Ketibaan | Masa |
---|---|---|---|
WY 824 | 15 FEB | KUL – MCT | 2105-0005+ |
WY 601 | 16 FEB | MCT-DXB | 0155-0310 |
WY 610 | 20 FEB | DXB-MCT | 1715-1830 |
WY 821 | 20 FEB | MCT-KUL | 2115-0810+ |
Pakej Termasuk
- TTiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi Oman Air
- Penginapan 4 Malam di Dubai dengan sarapan pagi setiap hari
- Makanan halal mengikut jadual perjalanan
- Lawatan mengikut jadual perjalanan
- Pengangkutan sepanjang lawatan
- Tip pemandu pelancong
- Pemandu pelancong / Pemandu Berbahasa Inggeris
- Insurans Perjalanan
Pakej Tidak Termasuk
- Tambahan bayaran insuran perjalanan untuk peserta berumur 70 tahun ke atas (RM250 seorang)
- Lebihan elaun bagasi
- Porter di Lapangan Terbang atau Hotel
- Cukai Bandar dan Pelancong
- Perbelanjaan peribadi, Tel, Faks, Bar Mini, Dobi dan lain-lain
- Tempat Pelancongan lain / Yuran masuk / pengangkutan / Makanan dan minuman tidak dinyatakan dalam jadual perjalanan
Terma & Syarat
- Tempoh perjalanan sah dari 15 – 21 FEBRUARI 2024
Pakej sah untuk pemegang pasport Malaysia sahaja
- Tiada bayaran balik akan dibuat untuk sebarang penginapan, makan, pemindahan atau sebarang perkhidmatan lain yang tidak digunakan
Tempahan adalah tertakluk pada ketersediaan bilik / tempat lawatan pelancongan / pengangkutan
- BILIK BERTIGA: Katil atau katil tambahan yang akan diberikan pada orang ketiga dalam satu bilik adalah tertakluk pada polisi hotel.
- POLISI KANAK-KANAK: Kanak-kanak dengan katil: Kanak-kanak berkongsi dengan ibu bapa menggunakan katil tambahan (6-11 tahun)
POLISI KANAK-KANAK: Kanak-kanak tanpa katil: Kanak-kanak berkongsi dengan ibu bapa tanpa katil tambahan (2-5 tahun)
Pihak kami berhak untuk menukar kadar tanpa notis terlebih dahulu tertakluk kepada kadar pertukaran semasa
Pihak kami berhak untuk menukar kadar tanpa notis terlebih dahulu tertakluk kepada kadar pertukaran semasa
Pihak kami berhak untuk meminda jadual perjalanan pelancongan, pengaturan perjalanan atau penginapan disebabkan oleh perubahan yang tidak dijangka dalam jadual penerbangan atau pengangkutan lain, keadaan di negara perjalanan atau transit, mengikut jadual perjalanan pelancongan atau apabila berlakunya kejadian force majeure dan sebagainya pindaan boleh dibuat sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh syarikat dengan atau tanpa notis awal