
Jadual Perjalanan
Berkumpul di KLIA, 3 jam sebelum waktu perlepasan. Berlepas ke Incheon dengan menaiki penerbangan Malaysia Airlines.
Setibanya di Incheon, anda akan di sambut oleh pemandu pelancong dan di bawa ke Chuncheon untuk melawat Nami Island. Seterusnya, melawat ke Soyanggang Skywalk dan Gubongsan Observatory and Cafe’s Street (Coffee adalah atas perbelanjaan sendiri). Kemudian pulang ke Seoul dan bersiar-siar di sekitar Insadong Antique Street untuk melihat pelbagai barangan antik yang di jual di sini. Makan tengah hari dan malam disediakan. Daftar masuk hotel. Bermalam di hotel, Seoul.
Sarapan pagi di hotel. Bergerak ke Taman Tema Everland yang terletak di Yongin. Pulang ke Seoul, melawat serta membeli belah di Dongdaemun DDP Plaza dan Dongdaemun Market. Makan tengah hari dan makan malam di sediakan. Bermalam di hotel, Seoul.
Sarapan pagi di hotel. Memulakan lawatan ke Muzium istana yang paling indah, Gyeongbok Palace dan National Folk Museum. Seterusnya melawat ke Seoul Central Mosque di Iteawon dan membeli belah di Iteawon Street. Singgah sebentar di shopping stop Ginseng Galerry, Redpine Galerry dan Lotte Duty Free. Teruskan membeli belah di Myeondong Shopping Street dan Namdaemun Shopping Street. Makan tengah hari dan makan malam di sediakan. Bermalam di hotel, Seoul.
Sarapan pagi di hotel.Kemudian mulakan lawatan ke Eupyeong Hanok Village, Eupyeong Trail dan bersiar siar di Ikseongdong Hanok Village. Melawat Seaweed Museum dan Hanbok Experience. Kemudian teruskan untuk shopping stop di Cosmetic shop dan Amethys Factory. Seterusnya anda akan di bawa melawat Haneul Park (Tidak termasuk Gondola). Singgah di Hongdae Shopping street sebelum pulang ke Seoul. Makan tengah hari dan makan malam di sediakan. Bermalam di hotel, Seoul.
Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar hotel. Singgah membeli belah di Local Supermarket sebelum bergerak ke Lapangan Terbang Incheon untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
Harga
Dewasa (Seorang) | Dewasa (Berdua / Bertiga) | Kanak-kanak (Berkatil) | Kanak-kanak (Tanpa katil) | |
---|---|---|---|---|
Harga | RM5790 | RM4790 | RM4590 | RM4190 |
Nombor Penerbangan | Tarikh | Berlepas – Ketibaan | Masa |
---|---|---|---|
MH 66 | 03 JUN | KUL-ICN | 2315-0630+ |
MH 67 | 08 JUN | ICN-KUL | 1100-1645 |
Butiran Penerbangan
Pakej Termasuk
- Tiket penerbangan antarabangsa pergi balik kelas ekonomi Malaysia Airlines
- Penginapan 4 Malam dengan sarapan pagi setiap hari
- Lawatan mengikut jadual lawatan
- Pengangkutan sepanjang lawatan
- Makanan seperti jadual lawatan
- Yuran Visa K-ETA RM50 seorang
- Pemandu pelancong Berbahasa Inggeris
- Tip untuk pemandu / pemandu pelancong
- Insuran kembara
Pakej Tidak Termasuk
- Gondola di Haneul Park
- Bagasi tambahan
- Porter di Lapangan Terbang atau Hotel
- Cukai Bandar dan Pelancong
- Tempat Pelancongan lain /Yuran masuk/ pengangkutan /Makanan dan minuman tidak dinyatakan dalam jadual perjalanan
- Perbelanjaan peribadi, Tel, Faks, Bar Mini, Dobi dan lain-lain
Terma & Syarat
Tempoh perjalanan sah dari 03 – 08 JUN 2023
- Pakej sah untuk pemegang pasport Malaysia sahaja
- Semua peserta wajib lengkap 3 dos vaksinasi Covid-19
Pendaftaran K-ETA adalah WAJIB untuk kemasukkan ke korea. Pihak syarikat akan membantu untuk membuat pendaftaran namun keputusan kelulusan adalah tertakluk kepada kelulusan pihak immigresen Korea.
Tiada bayaran balik akan dibuat untuk sebarang penginapan, makan, pemindahan atau sebarang perkhidmatan lain yang tidak digunakan ⇒ Surcaj boleh dikenakan semasa Musim Puncak/Acara Khas/ Cuti Umum atau tarikh tutup Hotel
Tempahan adalah tertakluk pada ketersediaan bilik / tempat lawatan pelancongan / pengangkutan
- POLISI KANAK-KANAK: Kanak-kanak dengan katil: Kanak-kanak berkongsi dengan ibu bapa menggunakan katil tambahan (6-11 tahun)
POLISI KANAK-KANAK: Kanak-kanak tanpa katil: Kanak-kanak berkongsi dengan ibu bapa tanpa katil tambahan (2-5 tahun)
- Pihak kami berhak untuk menukar kadar tanpa notis terlebih dahulu tertakluk kepada kadar pertukaran semasa
Pihak kami berhak untuk meminda jadual perjalanan pelancongan, pengaturan perjalanan atau penginapan disebabkan oleh perubahan yang tidak dijangka dalam jadual penerbangan atau pengangkutan lain, keadaan di negara perjalanan atau transit, mengikut jadual perjalanan pelancongan atau apabila berlakunya kejadian force majeure dan sebagainya pindaan boleh dibuat sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh syarikat dengan atau tanpa notis awal