Pakej Kami

5 HARI 4 MALAM BANGKOK + LOPBURI

Jadual Perjalanan

Berkumpul di KLIA, 4 jam sebelum waktu penerbangan. Teruskan perjalanan ke Bangkok dengan menaiki penerbangan Malaysia Airlines. Setibanya di Bangkok, anda akan dibawa ke Ramkhamhaeng Night Market yang menjual pelbagai barangan termasuk pakaian, aksesori dan juga terdapat makanan jalanan yang halal. Makan malam di restoran tempatan. Daftar masuk hotel. Bermalam di Bangkok.

Sarapan pagi di hotel. Daftar keluar hotel. Teruskan perjalanan ke Khao Yai. Lawatan ke Sunflower Field: Berfoto di ladang bunga matahari yang kekuningan saujana mata memandang ala-ala di Eropah. Teruskan perjalanan ke Wang Nam Khiao. Lawatan ke Flora Park: Sebuah taman bunga yang luas dipenuhi dengan pelbagai jenis bungaan yang berwarna-warni dan banyak lokasi-lokasi terbaik untuk mengambil gambar keindahan taman bunga ini. Makan tengah hari dan malam di restoran tempatan. Daftar masuk hotel. Bermalam di Khao Yai.

Sarapan pagi di hotel. Daftar keluar hotel. Teruskan lawatan ke Primo Piazza: Sebuah perkampungan kecil bercirikan Itali yang cukup indah dan boleh melihat pelbagai jenis haiwan unik di sini. Teruskan perjalanan ke Bangkok. Menaiki bot untuk menikmati keindahan sepanjang Chao Praya River dan keunikan Wat Arun. Membeli-belah di Gems Factory dan MBK Center: Kompleks membeli-belah pelbagai barangan dengan lebih 2,000 buah kedai yang menjadi tumpuan pelancong Malaysia. Seterusnya ke Chatuchak Weekend Market: Kawasan membeli-belah yang paling terkenal di Bangkok dengan 30,000 peniaga yang menjual pelbagai jenis barangan antik, elektronik, kosmetik, seramik, perkakasan, pakaian dan buku. Makan tengah hari dan malam di restoran tempatan. Daftar masuk hotel. Bermalam di Bangkok.

Sarapan pagi di hotel. Teruskan lawatan ke Maeklong Railway Market: Pasar yang unik dengan peniaga menjual barangan mereka di tepi rel keretapi dan akan mengalihkan barangan setiap kali keretapi lalu. Damnoen Saduak Floating Market: Pasar terapung yang paling terkenal dan terbesar di kota Bang-kok. Bang Luang Mosque : Masjid pertama yang dibina di Bang-kok. Honey Bee Farm & Gallery: Ketahui semua tentang pelbagai manfaat madu, debunga lebah untuk dihasilkan oleh ratu lebah. Platinum Fashion Mall: Membeli-belah di salah satu kompleks fesyen dan pakaian. Makan tengah hari dan malam di restoran tempatan. Bermalam di Bangkok.

Sarapan pagi di hotel. Daftar keluar hotel. Teruskan lawatan ke Erawadee Thai Herb Shop: Menjual barangan kesihatan buatan tempatan. Lawatan ke Ancient City: Muzium terbuka seluas 300 hektar dengan replika kuil dan bagunan bersejarah untuk dilhat. Teruskan perjalanan ke lapangan terbang antarabangsa Bangkok untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Harga

Dewasa (Seorang)
Dewasa (Berdua / Bertiga)
Kanak-kanak (Berkatil)
Kanak-kanak (Tanpa katil)
Harga
RM2,890
RM2,390
RM2,190
RM1,990
Nombor Penerbangan
Tarikh
Berlepas – Ketibaan
Masa
MH 744
09 DEC
KUL-BKK
1620-1740
MH 781
13 DEC
BKK-KUL
2005-2320

Butiran Penerbangan

Pakej Termasuk

Pakej Tidak Termasuk

Terma & Syarat

  1. Tempoh perjalanan sah dari 09-13 DECEMBER 2023

  2. Pakej sah untuk pemegang passport Malaysia sahaja
  3. Tiada bayaran balik akan dibuat untuk sebarang penginapan, makan, pemindahan atau sebarang perkhidmatan lain yang tidak digunakan
  4. Surcaj boleh dikenakan semasa Musim Puncak / Acara Khas / Cuti Umum atau tarikh tutup Hotel
  5. Tempahan adalah tertakluk pada ketersediaan bilik / pelancongan / pengangkutan
  6. BILIK BERTIGA: Katil atau katil tambahan yang akan diberikan pada orang ketiga dalam satu bilik adalah tertakluk pada polisi hotel.
  7. POLISI KANAK-KANAK: Kanak-kanak dengan katil: Kanak-kanak berkongsi  dengan ibu bapa menggunakan katil tambahan (6-11 tahun)
  8. POLISI KANAK-KANAK: Kanak-kanak tanpa katil: Kanak-kanak berkongsi  dengan ibu bapa tanpa katil tambahan (2-5 tahun) 

  9. Pihak kami berhak untuk menukar kadar tanpa notis terlebih dahulu tertakluk kepada kadar pertukaran semasa
  10.  Pihak kami berhak untuk meminda jadual perjalanan pelancongan,  pengaturan perjalanan atau penginapan disebabkan oleh perubahan yang  tidak dijangka dalam jadual penerbangan atau pengangkutan lain, keadaan  di negara perjalanan atau transit, mengikut jadual perjalanan pelancongan  atau apabila berlakunya kejadian force majeure dan sebagainya pindaan  boleh dibuat sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh syarikat dengan atau  tanpa notis awal

RM2,390 seorang

Tidak Dapat Pakej Yang Berminat?

Pakej-pakej Lain

RM9,690 seorang

RM2,390 seorang

RM4,790 seorang

RM9,980 Seorang

RM6,690 seorang

RM9,290 seorang

Berminat Untuk Menempah?