
Jadual Perjalanan
Disambut oleh pemandu pelancong dan dibawa untuk makan tengahari. Lawatan seterusnya adalah Rumah Terbalik Sabah (Upside Down House Sabah) dan berpeluang mengambil gambar di Muzium 3D. Perjalanan diteruskan ke Pekan Nabalu. Pekan ini merupakan pekan tanah tinggi yang pertama akan anda singgahi untuk melihat pemandangan kaki Gunung Kinabalu dan melihat pelbagai gerai jualan makanan tempatan, seni kraftangan dan cenderamata buatan tangan kaum -kaum di sekitar pekan ini. Daftar masuk ke Kinabalu Pine Resort Kundasang dan makan malam steamboat di Hotel penginapan.
Sarapan pagi di Hotel. Nak tengok tempat menarik Sabah yang gaya macam kat New Zealand? Dairy Farm adalah tempatnya! Peserta juga akan dibawa ke Poring Hot Spring. Poring merupakan nama Kadazan Dusun untuk sejenis spesies pokok Buluh yang tumbuh di kawasan itu. Kolam air panas Poring dikenali kerana air panasnya mengandungi galian sulfur yang boleh menyegarkan badan. Di Canopy Walk Para pelancong juga berpeluang menikmati pemandangan yang indah apabila menyusuri jambatan gantung sepanjang 157.8 m dan setinggi 41 meter di atas pokok. Terdapat juga Taman Kupu-kupu dan Pusat Pemuliharaan Orkid di sini. Selepas makan tengahari, peserta juga berpeluang untuk singgah ke Pekan Ranau. Kembali ke Hotel dan Makan Malam di restoran tempatan.
Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar, Peserta berpeluang untuk singgah di Pekan Kundasang, Kinabalu Park dan Jambatan Gantung Tampaluri yang tidak asing lagi bagi pelancong dan penduduk tempatan. berhenti untuk makan tengahari sebelum memulakan perjalanan ke Kota Kinabalu. Peserta dibawa ke Jamilah Factory, Kek Lapis Sarawak dan KK Chocolate House untuk mendapatkan buah tangan untuk dibawa pulang. Peserta juga dibawa ke Kokol Haven terletak di atas Bukit Kokol, kira-kira 2,700 kaki di atas paras laut yang mana pemandangan di sini pasti tidak mengecewakan. Makan Malam seafood yang segar!
Sarapan pagi dihotel & Daftar keluar, Peserta dibawa ke Filipino market Pasar tepi laut yang khusus dalam makanan laut, serta gerai makanan jalanan, barang kemas, kraftangan & pakaian. Makan Tengahari di restoran tempatan sebelum dihantar ke airport utk berlepas pulang.
Harga
Dewasa (Seorang) | Dewasa (Berdua / Bertiga) | Kanak-kanak (Berkatil) | Kanak-kanak (Tanpa katil) | |
---|---|---|---|---|
Price | Dari RM1690 | Dari RM1390 | Dari RM1390 | Dari RM1090 |
Butiran Penerbangan
JENIS PENERBANGAN | MALAYSIA AIRLINES |
---|
Pakej Termasuk
- Tiket penerbangan pergi dan balik
- 3 malam penginapan
- Sarapan pagi / Makan Tghari / Makan Malam
- Lawatan
- Pengangkutan
- Tiket ke tempat lawatan
- Pemandu & pemandu palancong
- Insuran perjalanan
Pakej Tidak Termasuk
- Tips pemandu pelancong
- Perbelanjaan persendirian
Terma & Syarat
- Tempoh perjalanan sah dari 2022 – 2023
- Pakej sah untuk pemegang pasport Malaysia sahaja
Semua peserta wajib lengkap 2 dos vaksinasi Covid-19
- Tiada bayaran balik akan dibuat untuk sebarang penginapan, makan, pemindahan atau sebarang perkhidmatan lain yang tidak digunakan
- Surcaj boleh dikenakan semasa Musim Puncak/Acara Khas/ Cuti Umum atau tarikh tutup Hotel
- Tempahan adalah tertakluk pada ketersediaan bilik/ pelancongan/ pengangkutan
- POLISI KANAK-KANAK: Kanak-kanak dengan katil: Kanak-kanak berkongsi dengan ibu bapa menggunakan katil tambahan (6-11 tahun)
POLISI KANAK-KANAK: Kanak-kanak tanpa katil: Kanak-kanak berkongsi dengan ibu bapa tanpa katil tambahan (2-5 tahun)
- Pihak kami berhak untuk menukar kadar tanpa notis terlebih dahulu tertakluk kepada kadar pertukaran semasa
Pihak kami berhak untuk meminda jadual perjalanan pelancongan, pengaturan perjalanan atau penginapan disebabkan oleh perubahan yang tidak dijangka dalam jadual penerbangan atau pengangkutan lain, keadaan di negara perjalanan atau transit, mengikut jadual perjalanan pelancongan atau apabila berlakunya kejadian force majeure dan sebagainya pindaan boleh dibuat sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh syarikat dengan atau tanpa notis awal