Pakej Kami

4H3M Kota Kinabalu + Kundasang Jun Cuti Sekolah

Jadual Perjalanan

Disambut oleh pemandu pelancong dan dibawa untuk makan tengahari. Lawatan seterusnya adalah Rumah Terbalik Sabah (Upside Down House Sabah) dan berpeluang mengambil gambar di Muzium 3D. Perjalanan diteruskan ke Pekan Nabalu. Pekan ini merupakan pekan tanah tinggi yang pertama akan anda singgahi untuk melihat pemandangan kaki Gunung Kinabalu dan melihat pelbagai gerai jualan makanan tempatan, seni kraftangan dan cenderamata buatan tangan kaumkaum di sekitar pekan ini. Daftar masuk ke Kinabalu Pine Resort Kundasang dan makan malam steamboat di Hotel penginapan.

Sarapan pagi di Hotel. Nak tengok tempat menarik Sabah yang gaya macam kat New Zealand? Dairy Farm adalah tempatnya! Peserta juga akan dibawa ke Poring Hot Spring. Poring merupakan nama Kadazan Dusun untuk sejenis spesies pokok Buluh yang tumbuh di kawasan itu. Kolam air panas Poring dikenali kerana air panasnya mengandungi galian sulfur yang boleh menyegarkan badan. Di Canopy Walk Para pelancong juga berpeluang menikmati pemandangan yang indah apabila menyusuri jambatan gantung sepanjang 157.8 m dan setinggi 41 meter di atas pokok. Terdapat juga Taman Kupu-kupu dan Pusat Pemuliharaan Orkid di sini. Selapas makan tengahari, peserta juga berpeluang untuk singgah ke Pekan Ranau. Kembali ke Hotel dan Makan Malam di restoran tempatan.

Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar, Peserta berpeluang untuk singgah di Pekan Kundasang, Kinabalu Park dan Jambatan Gantung Tampaluri yang tidak asing lagi bagi pelancong dan penduduk tempatan. berhenti untuk makan tengahari sebelum memulakan perjalanan ke Kota Kinabalu. Peserta dibawa ke Jamilah Factory, Kek Lapis Sarawak dan KK Chocolate House untuk mendapatkan buah tangan untuk dibawa pulang. Peserta juga dibawa ke Kokol Haven terletak di atas Bukit Kokol, kira-kira 2,700 kaki di atas paras laut yang mana pemandangan di sini pasti tidak mengecewakan. Makan Malam seafood yang segar!

Sarapan pagi dihotel & Daftar keluar, Peserta dibawa ke Filipino market Pasar tepi laut yang khusus dalam makanan laut, serta gerai makanan jalanan, barang kemas, kraftangan & pakaian sebelum dihantar ke airport utk berlepas pulang.

Harga

Dewasa (Seorang)
Dewasa (Berdua / Bertiga)
Kanak-kanak (Berkatil)
Kanak-kanak (Tanpa katil)
Price
RM1590
RM1290
RM1290
RM990

Butiran Penerbangan

Nombor Penerbangan
Tarikh
Berlepas – Ketibaan
Masa
MH 2612
09 JUN
KUL – BKI
0825-1055
MH 2615
12 JUN
BKI – KUL
1315-1545

Pakej Termasuk

Pakej Tidak Termasuk

Terma & Syarat

  1. Pakej sah laku bagi tarikh 09 Jun – 12 Jun 2022
  2. Telah menerima 2 dos suntikan vaksin
  3. Kanak-kanak dibawah umur 12 tahun ditemani oleh ibu bapa yang lengkap divaksin

RM1290 Seorang

Sebaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on email
Tidak Dapat Pakej Yang Berminat?

Pakej-pakej Lain

RM4390 seorang

RM3990 seorang

RM1290 seorang

RM1290 Seorang

RM1290 Seorang

RM1290 seorang

Berminat Untuk Menempah?