
Jadual Perjalanan
Setibanya di lapangan Antarabangsa Kuala Namu Medan, di sambut oleh pemandu pelancong. Kemudian bertolak ke Parapat, Lake Toba. Dalam perjalanan berhenti di Kedai Paten untuk membeli produk makanan tempatan seperti Teng Teng, Ting Ting, Dll. Tiba di Parapat, daftar masuk Hotel. Bermalam di Parapat. Makan malam di sediakan.
Selepas sarapan pagi di hotel, kemudian menaki feri ke Lake Toba, perjalanan mengambil masa 45minit. Melawat Perkampungan Tomok dan Perkampungan Ambrita. Kemudian, pulang semula ke Parapat dan meneruskan perjalanan ke Berastagi. Singgah di Air Terjun Sipiso Piso untuk melihat air terjun lebih kurang 110 meter dan melihat pemandangan luar biasa Tasik Toba dari Utara. Teruskan ke Berastagi dan sebaik tiba di Berastagi, melawat Pasar Buah-buahan Sentral untuk membeli buah-buahan tropika, sayur-sayuran dan bunga. Daftar masuk ke Hotel. Bermalam di Berastagi. Makan malam di sediakan.
Sarapan pagi di hotel. Bertolak ke Medan. Setibanya di Medan melawat Markisa Noerlen. Kunjungi Istana Maimoon untuk melihat istana Sultan Deli yang dibina pada tahun 1888. Melawat dan membeli belah di pusat Batik, Pasar Ikan Lama (pasar tradisional) dan Medan Mall. Kemudian, daftar masuk hotel. Bermalam di hotel, Medan. Makan tengah hari dan malam di sediakan.
Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar. Aktiviti bebas dan bertolak ke restoran tempatan untuk makan tengah hari sebelum di hantar ke Lapangan Terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
Harga
Dewasa (Seorang) | Dewasa (Berdua / Bertiga) | Kanak-kanak (Berkatil) | Kanak-kanak (Tanpa katil) | |
---|---|---|---|---|
Price | RM2090 | RM1790 | RM1690 | RM1590 |
Butiran Penerbangan
Nombor Penerbangan | Tarikh | Berlepas – Ketibaan | Masa |
---|---|---|---|
MH 864 | 10 NOV | KUL – KNO | 1550-1600 |
MH 865 | 13 NOV | KNO – KUL | 1650-1855 |
Pakej Termasuk
- Tiket penerbangan kelas ekonomi pergi dan pulang
- Hotel penginapan 3 hari beserta sarapan pagi
- Feri ke Pulau Samosir
- Pengangkutan sepanjang lawatan
- Makanan halal mengikut jadual perjalanan
- Lawatan mengikut jadual perjalanan
- Insurans Perjalanan
- Tiket Masuk tempat lawatan
- Pemandu pelancong
- Tip untuk pemandu pelancong
Pakej Tidak Termasuk
- Elaun tambahan bagasi
- Porter di Lapangan Terbang atau Hotel
- Cukai Bandar dan Pelancong
- Perbelanjaan peribadi, Tel, Faks, Bar Mini, Dobi dan lain-lain
- Tempat Pelancongan lain /Yuran masuk/ pengangkutan /Makanan dan minuman tidak dinyatakan dalam jadual perjalanan
- Lain-lain yang tidak di nyatakan di dalam itinerary
Terma & Syarat
- Tempoh perjalanan sah dari 10-13 NOVEMBER 2023
- Pakej sah untuk pemegang pasport Malaysia sahaja
- Semua peserta wajib lengkap 2 dos vaksinasi Covid-19
- Tiada bayaran balik akan dibuat untuk sebarang penginapan, makan, ⇒ Surcaj boleh dikenakan semasa Musim Puncak/Acara Khas/ Cuti Umum atau tarikh tutup Hotel
- Tempahan adalah tertakluk pada ketersediaan bilik/ pelancongan/ pengangkutan
- POLISI KANAK-KANAK: Kanak-kanak dengan katil: Kanak-kanak berkongsi dengan ibu bapa menggunakan katil tambahan (6-9 tahun)
- POLISI KANAK-KANAK: Kanak-kanak tanpa katil: Kanak-kanak berkongsi dengan ibu bapa tanpa katil tambahan (2-5 tahun)
Pihak kami berhak untuk menukar kadar tanpa notis terlebih dahulu tertakluk kepada kadar pertukaran semasa
Pihak kami berhak untuk meminda jadual perjalanan pelancongan, pengaturan perjalanan atau penginapan disebabkan oleh perubahan yang tidak dijangka dalam jadual penerbangan atau pengangkutan lain, keadaan di negara perjalanan atau transit, mengikut jadual perjalanan pelancongan atau apabila berlakunya kejadian force majeure dan sebagainya pindaan boleh dibuat sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh syarikat dengan atau tanpa notis awal