
Jadual Perjalanan
Setibanya di Lapangan Terbang Soekarno Hatta Jakarta, di sambut oleh Pemandu Pelancong dan di bawa melawat Taman Mini Indonesia Indah untuk melihat budaya Indonesia. Kemudian bertolak ke Bandung dan setibanya di Bandung, anda akan di bawa melawat The Lodge Maribaya. Kemudian perjalanan di teruskan ke Gedung Sate (photo stop) dan Bangunan Asia Afrika(photo stop). Seterusnya membeli belah di Jalan Braga sebelum bertolak ke Hotel untuk daftar masuk hotel. Makan tengah hari dan makan malam di sediakan. Bermalam di hotel, Bandung.
Sarapan pagi di hotel dan menuju ke bahagian selatan Bandung, Ciwidey untuk melawat Kawah Putih yang terhasil daripada letusan gunung berapi dan membentuk seperti kawah. Kemudian, teruskan melawat Glamping Lakeside dan Strawberry Farm. Pulang semula ke Bandung dan membeli belah di Cibaduyut Shoes Center. Makan tengah hari dan makan malam disediakan. Bermalam di hotel, Bandung.
Sarapan pagi hotel dan daftar keluar. Bertolak ke Lembang untuk melawat Lembang Floating Market dan Lembang Farm House. Kemudian, pulang semula ke Bandung. Membeli belah di Pasar Baru Wholeseller Market dan factory outlet di Rumah Mode. Seterusnya, singgah di Kartika Sari sebelum meneruskan perjalanan ke Jakarta. Makan tengah hari dan makan malam disediakan. Bermalam di Jakarta.
Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar. Aktiviti di mulakan dengan melawat Monas (Photo stop) dan melawat Masjid Istiqlal (Photo stop). Kemudian membeli belah di Mangga Dua. Makan tengah hari di sediakan. Bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Jakarta untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
Harga
Dewasa (Seorang) | Dewasa (Berdua / Bertiga) | Kanak-kanak (Berkatil) | Kanak-kanak (Tanpa katil) | |
---|---|---|---|---|
Price | RM2590 | RM2290 | RM2190 | RM2090 |
Butiran Penerbangan
Nombor Penerbangan | Tarikh | Berlepas – Ketibaan | Masa |
---|---|---|---|
MH 713 | 17 DEC | KUL – CGK | 0725 -0830 |
MH 720 | 20 DEC | CGK – KUL | 1545 – 1850 |
Pakej Termasuk
- Tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi Malaysia Airlines
- 2 Malam penginapan di hotel Bandung
- 1 Malam penginapan di hotel Jakarta
- Pengangkutan sepanjang lawatan
- Makan halal (SP/ MT / MM)
- Lawatan mengikut jadual perjalanan
- Insurans Perjalanan
- Tiket Masuk tempat lawatan
- Pemandu pelancong
- Tip untuk pemandu pelancong
Pakej Tidak Termasuk
- Elaun tambahan bagasi
- Tambahan bayaran insurans perjalanan untuk perserta berumur 70 tahun ke atas
- Porter di Lapangan Terbang atau Hotel
- Cukai Bandar dan Pelancong
- Perbelanjaan peribadi, Tel, Faks, Bar Mini, Dobi dan lain-lain
- Tempat Pelancongan lain /Yuran masuk/ pengangkutan /Makanan dan minuman tidak dinyatakan dalam jadual perjalanan
- Lain-lain yang tidak di nyatakan di dalam itinerary
Terma & Syarat
- Tempoh perjalanan sah dari 17- 20 DECEMBER 2023
- Pakej sah untuk pemegang pasport Malaysia sahaja
- Semua peserta wajib lengkap 2 dos vaksinasi Covid-19
- Tiada bayaran balik akan dibuat untuk sebarang penginapan, makan,
- Surcaj boleh dikenakan semasa Musim Puncak/Acara Khas/ Cuti Umum atau tarikh tutup Hotel
- Tempahan adalah tertakluk pada ketersediaan bilik/ pelancongan/ pengangkutan
- POLISI KANAK-KANAK: Kanak-kanak dengan katil: Kanak-kanak berkongsi dengan ibu bapa menggunakan katil tambahan (6-9 tahun)
- POLISI KANAK-KANAK: Kanak-kanak tanpa katil: Kanak-kanak berkongsi dengan ibu bapa tanpa katil tambahan (2-5 tahun)
Pihak kami berhak untuk menukar kadar tanpa notis terlebih dahulu tertakluk kepada kadar pertukaran semasa
Pihak kami berhak untuk meminda jadual perjalanan pelancongan, pengaturan perjalanan atau penginapan disebabkan oleh perubahan yang tidak dijangka dalam jadual penerbangan atau pengangkutan lain, keadaan di negara perjalanan atau transit, mengikut jadual perjalanan pelancongan atau apabila berlakunya kejadian force majeure dan sebagainya pindaan boleh dibuat sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh syarikat dengan atau tanpa notis awal