Pakej Kami

4 HARI 3 MALAM HO CHI MINH

Jadual Perjalanan

Setibanya di Lapangan Terbang Ho Chi Minh, anda akan di bawa untuk Photo stop di War Museum, The Old Post Office, Book Street, Opera House, City Hall dan lawati Masjid. Kemudian, membeli belah di Whole Shop Center untuk membeli kain , telekung, jubah dan sebagainya. Makan tengah hari dan makan malam di sediakan. Daftar masuk hotel. Bermalam di hotel, Ho Chi Minh.

Sarapan pagi di hotel. Kemudian bergerak ke bandar My Tho. Menaiki bot menyeberangi Sungai Mekong. Singgah Pulau kecil Thai Son dan lawati perusahan gula-gula kelapa tempatan, Ladang Lebah dan Ladang Buah. Saksikan persembahan muzik rakyat Vietnam sambil menikmati buah-buahan tempatan. Rasai pengalaman menaiki sampan dengan menyelusuri anak sungai yang dikelilingi teduhan sawit dan nipah. Kembali ke bandar Ho Chi Minh dan singgah di Whole Sale Shop Center. Makan tengah hari dan makan malam disediakan. Bermalam di hotel, Ho Chi Minh.

Sarapan pagi di hotel. Kemudian bergerak ke Chu Chi. Lawati Terowong Chu Chi dengan menerokai kehidupan tentera viet di dalam terowong yang sempit ,melihat pintu masuk rahsia, kereta kebal, pondok perangkap, bengkel tentera dan kawah bom. Juga berpeluang merasai makanan pada zaman perang. Kemudian, pulang semula ke bandar Ho Chi Minh dan aktiviti bebas membeli belah di Ben Thanh Market. Makan tengah hari dan makan malam disediakan. Bermalam di hotel,Ho Chi Minh.

Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar hotel. Acara bebas sehingga masa untuk bertolak ke lapangan terbang untuk berlepas pulang ke Kuala Lumpur.

Harga

Dewasa (Seorang)
Dewasa (Berdua / Bertiga)
Kanak-kanak (Berkatil)
Kanak-kanak (Tanpa katil)
Price
RM2,650
RM2,250
RM2,250
RM2,150

Butiran Penerbangan

Nombor Penerbangan
Tarikh
Berlepas – Ketibaan
Masa
AK 528
16 DEC
KUL – SGN
0910-1005
AK 523
19 DEC
SGN – KUL
1610-1915

Pakej Termasuk

Pakej Tidak Termasuk

Terma & Syarat

  1. Tempoh perjalanan sah dari 16 – 19 DISEMBER 2023
  2. Pakej sah untuk pemegang pasport Malaysia sahaja
  3. Semua peserta wajib lengkap 2 dos vaksinasi Covid-19 
  4. Tiada bayaran balik akan dibuat untuk sebarang penginapan, makan,
  5.  Surcaj boleh dikenakan semasa Musim Puncak/Acara Khas/ Cuti Umum atau tarikh tutup Hotel
  6. Tempahan adalah tertakluk pada ketersediaan bilik/ pelancongan/ pengangkutan 
  7.  POLISI KANAK-KANAK: Kanak-kanak dengan katil: Kanak-kanak berkongsi  dengan ibu bapa menggunakan katil tambahan (6-9 tahun)
  8.  POLISI KANAK-KANAK: Kanak-kanak tanpa katil: Kanak-kanak berkongsi dengan  ibu bapa tanpa katil tambahan (2-5 tahun)
  9. Pihak kami berhak untuk menukar kadar tanpa notis terlebih dahulu tertakluk kepada kadar pertukaran semasa 

  10. Pihak kami berhak untuk meminda jadual perjalanan pelancongan, pengaturan perjalanan atau penginapan disebabkan oleh perubahan yang tidak  dijangka dalam jadual penerbangan atau pengangkutan lain, keadaan di negara perjalanan atau transit, mengikut jadual perjalanan pelancongan atau apabila  berlakunya kejadian force majeure dan sebagainya pindaan boleh dibuat  sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh syarikat dengan atau tanpa notis awal 

RM2,250 seorang

Tidak Dapat Pakej Yang Berminat?

Pakej-pakej Lain

RM11,580 Seorang

RM7,890 seorang

RM2,290 seorang

RM5,990 seorang

RM8,890 seorang

DARI RM1390 seorang

Berminat Untuk Menempah?