Pakej Kami

3H2M MENEROKAI KUCHING, SARAWAK

Jadual Perjalanan

Setibanya di lapangan terbang Kuching, anda akan disambut oleh pemandu pelancong dan dibawa untuk melawat Kampung Budaya Sarawak yang terletak di kaki Gunung Santubong, juga di kenali sebagai Muzium Hidup yang mempamerkan gaya hidup dan kediaman tradisional daripada kumpulan etnik utama di Sarawak. Rasai pengalaman menonton persembahan kebudayaan. Kemudian melawat dan membeli belah di Pasar Serikin. Bertolak pulang ke bandar kuching dan melawat Kuching Waterfront, Masjid Lama, Bazar Utama dan Monumen Kuching (photo stop). Makan tengah hari dan malam di restoran tempatan. Bermalam di hotel, Kuching.

Sarapan pagi di hotel. Selepas sarapan , lawatan di mulakan ke Pusat Hidupan Liar Semenggoh untuk melihat spesis terancam ; Orang Utan separa Liar di hutan semula jadi Semenggoh. Kenali habibat Orang Utan dengan mengunjungi galeri yang terdapat di sana. Orang Utan di latih bagaimana untuk terus hidup di alam liar. Kemudian kembali semula ke bandar Kuching. Lawatan di teruskan dengan melawat dan membeli buah tangan di Kedai Kek Lapis dan Kilang tembikar. Makan tengahhari dan makan malam disediakan. Bermalam di hotel, Kuching.

Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar hotel. Lawatan di lakukan di sekitar bandar Kuching dengan melawat Jambatan Darul Hana, Astana, Bangunan Pentadbirasn Sarawak dan Muzium Kuching (Photo stop). Kemudian bergerak ke Kubah Ria dan Pasar Satok untuk membeli belah sebelum bergerak pulang ke Kuala Lumpur. Bergerak ke Lapangan Terbang Kuching untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Harga

Dewasa (Seorang)
Dewasa (Berdua / Bertiga)
Kanak-kanak (Berkatil)
Kanak-kanak (Tanpa katil)
Harga
RM1550
RM1350
RM1350
RM1150

Butiran Penerbangan

Nombor Penerbangan
Tarikh
Berlepas – Ketibaan
Masa
MALAYSIA AIRLINES 21-23 JAN 2023
MH 2542
21 JAN
KUL – KCH
0730-0920
MH 2521
23 JAN
KCH – KUL
1515-1705
MALAYSIA AIRLINES 4-6 MAR 2023
MH 2542
04 MAR
KUL – KCH
0730-0920
MH 2521
06 MAR
KCH – KUL
1515-1705

Pakej Termasuk

Pakej Tidak Termasuk

Terma & Syarat

  1. Tempoh perjalanan sah dari 21 – 23 JANUARI 2023 / 04 – 06 MAC 2023
  2. Pakej sah untuk pemegang pasport Malaysia sahaja
  3. Semua peserta wajib lengkap 2 dos vaksinasi Covid-19
  4. Tiada bayaran balik akan dibuat untuk sebarang penginapan, makan, pemindahan atau sebarang perkhidmatan lain yang tidak digunakan
  5. Surcaj boleh dikenakan semasa Musim Puncak / Acara Khas / Cuti Umum atau tarikh tutup Hotel
  6. Tempahan adalah tertakluk pada ketersediaan bilik / pelancongan / pengangkutan
  7. POLISI KANAK-KANAK: Kanak – kanak dengan katil: Kanak – kanak berkongsi dengan ibu bapa menggunakan katil tambahan (6 – 11 tahun)
  8. POLISI KANAK-KANAK: Kanak – kanak tanpa katil: Kanak – kanak berkongsi dengan ibu bapa tanpa katil tambahan (2 – 5 tahun)
  9. Pihak kami berhak untuk menukar kadar tanpa notis terlebih dahulu tertakluk kepada kadar pertukaran semasa
  10. Pihak kami berhak untuk meminda jadual perjalanan pelancongan,pengaturan perjalanan atau penginapan disebabkan oleh perubahan yang tidak dijangka dalam jadual penerbangan atau pengangkutan lain, keadaan di negara perjalanan atau transit, mengikut jadual perjalanan pelancongan atau apabila berlakunya kejadian force majeure dan sebagainya pindaan boleh dibuat sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh syarikat dengan atau tanpa notis awal

RM1350 seorang

Tidak Dapat Pakej Yang Berminat?

Pakej-pakej Lain

RM9,690 seorang

RM2,390 seorang

RM4,790 seorang

RM9,980 Seorang

RM6,690 seorang

RM9,290 seorang

Berminat Untuk Menempah?