

Jadual Perjalanan
Setibanya di lapangan terbang Kuching, anda akan disambut oleh pemandu pelancong dan dibawa untuk melawat Tasik Biru. Teruskan perjalanan ke Pasar Serikin untuk membeli belah. Bertolak pulang ke bandar Kuching untuk lawatan ke Kuching Waterfront, Masjid Lama, Bazar Utama dan Monument Kuching(photo stop). Makan tengah hari dan makan malam di restoran tempatan. Bermalam di hotel, Kuching.
Sarapan pagi di hotel. Selepas sarapan , lawatan di mulakan ke Pusat Hidupan Liar Semenggoh untuk melihat spesis terancam ; Orang Utan separa liar di hutan semula jadi Semenggoh. Kemudian, lawatan di teruskan dengan melawat Kampung Budaya Sarawak yang terletak di kaki Gunung Santubong, juga di kenali sebagai Muzium Hidup yang mempamerkan gaya hidup dan kediaman tradisional daripada kumpulan etnik utama di Sarawak. Rasai pengalaman menonton persembahan kebudayaan. Pulang ke bandar Kuching dan singgah di Kek Lapis Sarawak untuk membeli buah tangan. Makan tengah hari dan makan malam disediakan. Bermalam di hotel, Kuching.
Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar hotel. Lawatan di lakukan di sekitar bandar Kuching dengan melawat Jambatan Darul Hana, Astana, Bangunan Pentadbirasn Sarawak dan Muzium Kuching (Photo stop) Kemudian bergerak ke Kubah Ria dan Pasar Satok untuk membeli belah sebelum bergerak pulang ke Kuala Lumpur. Bergerak ke Lapangan Terbang Kuching untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
Harga
Dewasa (Seorang) | Dewasa (Berdua / Bertiga) | Kanak-kanak (Berkatil) | Kanak-kanak (Tanpa katil) | |
---|---|---|---|---|
Harga | RM1550 | RM1350 | RM1350 | RM1150 |
Butiran Penerbangan
Nombor Penerbangan | Tarikh | Berlepas – Ketibaan | Masa | MALAYSIA AIRLINES 10-12 NOV 2023 & 16-18 DEC 2023 |
---|---|---|---|
MH 2520 | KUL – KCH | 1055-1255 | |
MH 2513 | KCH – KUL | 1310-1530 |
Pakej Termasuk
- Tiket penerbangan pergi dan balik
- 2 malam penginapan
- Sarapan pagi / Makan Tghari / Makan Malam
- Lawatan mengikut jadual perjalanan
- Pengangkutan sepanjang lawatan
- Tiket ke tempat lawatan
- Pemandu & pemandu palancong
- Insuran perjalanan
Pakej Tidak Termasuk
- Tambahan bayaran insurans perjalanan untuk peserta berumur 70 tahun keatas
- Tips untuk pemandu pelancong
- Elaun tambahan bagasi
- Porter di Lapangan Terbang atau Hotel
- Cukai Bandar dan Pelancong
- Perbelanjaan peribadi, Tel, Faks, Bar Mini, Dobi dan lain-lain
- Tempat Pelancongan lain / Yuran masuk / pengangkutan / Makanan dan minuman tidak dinyatakan dalam jadual perjalanan
Terma & Syarat
- Tempoh perjalanan sah dari 10-12 NOV / 16-18 DEC 2023
- Pakej sah untuk pemegang pasport Malaysia sahaja
- Semua peserta wajib lengkap 2 dos vaksinasi Covid-19
- Tiada bayaran balik akan dibuat untuk sebarang penginapan, makan, pemindahan atau sebarang perkhidmatan lain yang tidak digunakan
- Surcaj boleh dikenakan semasa Musim Puncak / Acara Khas / Cuti Umum atau tarikh tutup Hotel
- Tempahan adalah tertakluk pada ketersediaan bilik / pelancongan / pengangkutan
- POLISI KANAK-KANAK: Kanak – kanak dengan katil: Kanak – kanak berkongsi dengan ibu bapa menggunakan katil tambahan (6 – 11 tahun)
- POLISI KANAK-KANAK: Kanak – kanak tanpa katil: Kanak – kanak berkongsi dengan ibu bapa tanpa katil tambahan (2 – 5 tahun)
- Pihak kami berhak untuk menukar kadar tanpa notis terlebih dahulu tertakluk kepada kadar pertukaran semasa
- Pihak kami berhak untuk meminda jadual perjalanan pelancongan,pengaturan perjalanan atau penginapan disebabkan oleh perubahan yang tidak dijangka dalam jadual penerbangan atau pengangkutan lain, keadaan di negara perjalanan atau transit, mengikut jadual perjalanan pelancongan atau apabila berlakunya kejadian force majeure dan sebagainya pindaan boleh dibuat sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh syarikat dengan atau tanpa notis awal